dubb95.blogspot.com

dubb95.blogspot.com

About me

07 November 2013

Politeknik Mukah Sarawak

Akhirnya, dengan segala doa dan berkat ibu bapa dan guru-guru, aku telah dapat melanjutkan pelajaran ke Politeknik Mukah Sarawak. Inilah IPTku yang pertama 2013. Aku mendapat tawaran Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan) (DPM). Rasa tak sabar dalam diri begitu memaksa hari berlalu dengan lebih pantas. Rasa gemuruh dalam diri semakin menelan semangat untuk melanjutkan pelajaran. Aku berharap agar perjalananku menjadi seorang pelajar di Politeknik Mukah Sarawak akan berjalan dengan lancar. Bak kata orang, "Setiap perjalanan untuk meniti jambatan kejayaan memang memerlukan ketabahan, kesabaran dan pengorbanan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang mendatang." Kata-kata ibu sentiasa terngiang-ngiang di telinga dan menjadi santapan semangat untukku, "Biarlah ibu menanggung segala kesusahan dan kesukaran semasa menjaga dan membesarkan kamu, asalkan ibu senang di suatu hari nanti apabila kamu berjaya." 




Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan) (DPM)

Program tiga tahun pengajian perniagaan dibentuk bagi menyediakan pelajar dengan pengetahuan perdagangan yang komprehensif. Tumpuan utama diberi kepada pelbagai bidang pengajian perniagaan seperti pemasaran, perakaunan, statistik, ekonomi, pengurusan perniagaan, undang-undang syarikat, percukaian dan matematik pengurusan. Kepelbagaian mata pelajaran yang dicakupi dalam program ini dibentuk untuk membolehkan pelajar yang mempunyai kecenderungan keusahawanan menceburi dalam perniagaan mereka sendiri. Pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama 6 bulan di semester empat bagi membolehkan mereka memperolehi pengalaman pekerjaan dan kefahaman tentang dunia perniagaan yang sebenar. Bagi pelajar yang berhasrat untuk bekerja dengan organisasi perniagaan, program ini membantu mereka agar dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran perniagaan.

Prospek Kerjaya

Lulusan berpeluang menjawat jawatan seperti Pegawai Tadbir, Pegawai Kewangan dan juga sebarang jawatan di dalam bidang pengurusan yang bersesuaian.