dubb95.blogspot.com

dubb95.blogspot.com

About me

05 November 2013

Koleksi Pantun Lawak

Cinta manusia cinta sementara,
Tak kesah lelaki mahupun wanita,
Kalau bercinta uda dan dara,
Memang tak pijak dibumi yang nyata.

Sepandai-pandai tupai melompat,
Melompat di atas wayar "current"
Sepandai-pandai manusia mengumpat,
Choi! mulut memang tak ada insuran.

Usah dicari namanya cinta,
Kalau tak ada orang yang sudi,
Usah dicari namanya wanita,
Kalau ada datang sendiri.

Mulut bukan sebarang mulut,
Cakap bukan sebarang cakap,
Kalau mulut sudah menyebut,
Comfirm awak orang biadap.

HIdup malas tiada guna,
Lebih baik cari rezeki,
Hidup malas serba tak kena,
Lebih baik belajar berdikari.

Ada cinta merubah diri,
Ada cinta merubah hati,
Ada cinta lupa diri,
Ada cinta lupa yang disayangi.

Ada cinta jual beli,
Ada cinta cari sendiri,
Ada cinta terpaksa dibeli,
Ada cinta datang sendiri.

Cinta situ, cinta sini,
Satu hati dibagi-bagi,
Entah itu atau ini,
Salah sendiri siapa peduli?

Kalau rokok katakan tak nak,
Kalau sayang katakan sayang,
Kalau kita orang tak nak,
Ada ku kesah dengan korang?