dubb95.blogspot.com

dubb95.blogspot.com

About me

08 December 2010

HUBUNGAN SEKS SEJENISツ

serba sedikit tentang
PENYIMPANGAN PERILAKU SEKS


Gen manusia yang normal dikenali xx untuk perempuan dan xy untuk lelaki.Tetapi ada juga xxx,xo (0=no1),xxyyang kesemuanya ini disebut tidak normal.


  Gangguan pada gen itulah yang menjadi punca timbulnya penyimpangan perilaku seks."Itulah sebabnya,kita jangan menghina mereka.Semuanya terjadi bukan kerana kemahuan mereka.Inilah yang harus kita fahami",katanya.Tentang biseksual ilmu perubatan mendapati khabar gembira,meskipun bapanya homo belum pasti zuriat atau anaknya menjadi homo.Kalau gen yang terdapat pada bayi itu xx atau xy maka bayi itu normal.Tetapi di luar dari itu boleh saja si bayi atau si anak nanti,menjadi agak kepondan-pondanan.Selain itu,walaupun hasilnya xx atau xy tetapi,hormonalnya lain atau tidak normal,maka hasilnya juga berbeza,maksudnya akan menjadi pondan pada orang (bayi) tersebut.Malangnya,dunia perubatan masih belum mampu mengungkapkan rahsia tersebut.Ertinya,mereka lahir dengan satu kelainan hormonal,yang secara otomatis,bila dewasa akan terjadi penyimpangan seksual.Orientasi seksual hanya kepada teman sejenis,lalu muncul nama homoseks,heteroseks dan biseksual (biseks).Bila gen bayi adalah xy,disebut lelaki yang suka kepada perempuan termasuk dalam hubungan seksual.Kalau xx,maka disebut perempuan yang suka kepada lelaki,ini disebut normal.Tetapi,ada juga xy dan xx yang suka kepada sejenisnya dan lawan jenisnya.Ini disebut biseks.Kalau xy yang hanya suka pada sesama jenis disebut homoseksual,(homo) sedangkan pada dikenali dengan lesbian (lesbi).Jumlah yang menyimpang ini dianggarkan ada sekitar 10% dari jumlah manusia yang ada di dunia ini.Tidak dinafikan tingkah laku dan keadaan sekitar boleh mempengaruhi seseorang ke arah itu.Tetapi,boleh disembuhkan dengan cara memberikan pengertian atau pemahaman terutama sekali dengan mendidik sesuai dengan ajaran agamayang dianuti.Kerana kejadian itu datang dari luar yang kurang kuat pengaruhnya.Biasanya,bayi yang dilahirkan dengan penyimpangan homoseksual membawa tanda-tanda sebagai berikut;batang zakar kecil,lubang saliran air kencing terletak berhampiran testis (buah zakar).Dalam ilmu perubatan dikenali dengan nama hipospatia,ada juga yang tidak mempunyai buah zakar.Andainya di dalam terdapat uterus (rahim),sebenarnya dia lahir sebagai perempuan.Ada juga kemaluannya seperti perempuan,tetapi mempunyai buah zakar dan kedudukannya agak tersembunyi kurang jelas kelihatan.

BISEKS

  MENGENAI lelaki normal,termasuk kelaminnya normal,tetapi keinginan seks pada teman sejenis,perkara ini berpunca kerana kelainan jiwa.Kemungkinan orang ini boleh berhubung intim dengan lawan sejenis.Jangan diperkecilkan orang seperti ini,sebaliknya kita bimbing.Bagi mengetahui apakah bayi lelaki akan biseks ketika dewasa,ilmu perubatan boleh mengesannya.Doktor akan memeriksa kromatin seks.Kromatin seks lelaki dengan perempuan berbeza.Kemudian dilakukan pemeriksaan tambahan pada hormon dan air kencing untuk tujuan kepastian.Melalui bantuan USG jenis bayi boleh dikesan,umpamanya bila ada prostat dan testis,petanda bayi lelaki.Bila ditemui rahim pada indung telur maka bayi itu perempuan.Setelah diadakan pemeriksaan hormon,termasuk hormon androgen,dan beberapa pemeriksaan tambahan di bahagian lain.Melalui pemeriksaan yang banyak itu akan menghasilkan sebuah kesimpulan adakah bayi lelaki itu tulen atau perempuan itu tulen.Kerana orang tidak mengetahui atau sengaja tidak mahu melakukan pemeriksaan cara ini sejak awal,setelah anak itu dewasa barulah diketahui ada kelainan tersebut.Kerana itu ada baiknya,bila bayi lahir diperiksa menyeluruh keadaan dirinya,termasuk alat kelamin bayi itu.Untuk pencegahannya,pakar kesihatan itu menyarankan,agar setiap orang tua mengawasi dengan teliti gerak-geri anaknya.Jangan beri kesempatan mereka belajar berdua-duaan saja di dalam kamar yang tertutup.Bimbing anak agar mempunyai juga teman yang lain jenis.Bimbingan agama dan moral turut berperanan dalam mencegah kejadian buruk ini.Penyimpangan perilaku seksual ini boleh menimpa ahli keluarga atau saudara mara kita.Tidak semestinya mempunyai kelainan hormon atau gen,seseorang itu boleh menjadi homoseks atau lesbian kerana pengaruh persekitaran.Dengan demikian pencegahannya adalah tanggungjawab kita bersama.Apakah pengaruh penyimpangan itu perlu dikekalkan?atau dipertahankan? Atau,kita sengaja tidak mahu ambil peduli atau sengaja menjadikan mereka derita secara berterusan.